Sunday, December 5, 2010

Anak

Anak merupakan anugerah Allah yang tak terhingga nilainya. Semasa kelahirannya hampir meragut satu nyawa. Namun dengan kuasa Allah, selamat kedua-duanya. Alhamdulillah syukur dan segala puji bagimu. Tuhan yang memiliki seluruh alam. Kehadiran si anak dalam sesebuah keluarga terutama keluarga baru amat mengembirakan. Penjagaannya bagai menatang minyak yang penuh. Dipeluk, dicium...segala benda sanggup dikorbankan demi anak tercinta. Begitulah tanda gembiranya si ibu dan ayah apabila mendapat zuriat pertama. Kegembiraan tidak dapat digambar dengan kata-kata. Hanya diterjemahkan dengan perbuatan melalui peluk cium dan penyediaan makan dan pakai yang paling terbaik mengikut kemampuan masing-masing.

Sabda Rasulullah s.a.w. “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat . Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)” di mana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya… .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat -tempat yang sensitif... .. itu salah…

Mengasuh dan mendidik anak bukan sahaja ketika mereka berada pada zaman kanak-kanak. Mendidik anak-anak perlu dilaksanakan selagi hayat dikandung badan. Berbuat baik kepada anak-anak dapat merapatkan lagi hubungan kekeluargaan. Namun tidak ramai yang berkesempatan untuk mendidik anak-anak sepenuh masa oleh kerana kekangan masa dan keadaan yang menuntut supaya berusaha keras untuk mencari nafkah bagi menampung keluarga di dalam zaman yang serba moden ini.

Di sini saya  cadangkan beberapa tips mudah untuk dikongsi bersama;
1) Mulakan hidup anak anda dengan nama yang baik
2) Berikan anak anda pelukkan setiap hari
3) Pandanglah anak anda dengan penuh kasih sayang
4) Sentiasa meluangkan masa untuk mendengar cerita anak
5) Sentisa mendengar tangisan anak kerana mereka menangis untuk melegakan keresahan mereka. Dengarilah mereka, mungkin suatu hari nanti anda pula yang terasa sunyi manakala anak-anak anda pula sibuk dengan anak-anak mereka.